awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia jamin keselamatan penyokong Harimau Malaya

Bernama
Bernama
28/08/2019
06:41 MYT
Indonesia jamin keselamatan penyokong Harimau Malaya
Penyokong Harimau Malaya yang mahu menyaksikan perlawanan sulung pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta, pada 5 September ini tidak perlu risau soal keselamatan. - Gambar BERNAMA
Kerajaan Indonesia memberi jaminan keselamatan kepada penyokong bola sepak negara bagi menyaksikan perlawanan sulung Kumpulan G, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta, pada 5 September ini.
Jaminan itu diberikan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan mesyuarat kedua dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) di Pejabat PSSI di Jakarta, semalam.
FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat diadakan bersama Ketua Unit Keselamatan PSSI, Nugroho Setiawan itu membincangkan tentang pelan keselamatan komprehensif bagi penyokong Malaysia yang akan menyaksikan perlawanan tersebut.
Satu perjumpaan bersama pihak Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) turut diadakan untuk merangka kerjasama serta memperincikan perihal aspek keselamatan penyokong Malaysia sepanjang berada di Jakarta, nanti.
"Pihak Polda Metro Jaya dan PSSI akan melaksanakan kawalan keselamatan ketat dan teratur bagi perlawanan tersebut bagi memastikan keselamatan penyokong Malaysia pada sebelum, semasa dan selepas perlawanan adalah terjamin," menurut FAM.
Ini adalah mesyuarat kedua delegasi FAM ke Jakarta, selepas perbincangan kali pertama pada 20 Ogos lepas, bersama Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria.
Ratu Tisha telah memberi jaminan pihaknya akan memenuhi beberapa permintaan FAM, terutama berhubung soal keselamatan pemain dan penyokong Malaysia bagi memastikan perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu berlangsung lancar. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#harimau Malaya
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia
#Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023
#PSSI
#skuad negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan