awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
Selangor laksana dasar bekerja dari rumah bermula 15 April - Amirudin
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia jawab status pemain warisan digantung

Astro Arena
Astro Arena
05/04/2026
09:31 MYT
Indonesia jawab status pemain warisan digantung
Ketika ini, sekurang-kurangnya empat pemain Indonesia terlibat dalam isu tersebut iaitu Dean James, Nathan Tjoe-A-On, Justin Hubner dan Tim Geypens, yang beraksi dalam Eredivisie. - Stadium Astro
PERSATUAN Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) tampil memberi penjelasan berhubung polemik dalam Liga Belanda yang melibatkan beberapa pemain warisan Indonesia berkaitan isu pasport atau kewarganegaraan.
Ketua Pasukan Kebangsaan, Sumardji, menegaskan bahawa semua pemain skuad kebangsaan yang beraksi dalam Eredivisie telah melalui proses naturalisasi mengikut peraturan yang sah dan menepati syarat daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Katanya, isu pasport yang melanda bersifat teknikal dan berkaitan urusan pentadbiran di Belanda, serta tidak menjejaskan status mereka sebagai pemain kebangsaan Indonesia.
Ketika ini, sekurang-kurangnya empat pemain Indonesia terlibat dalam isu tersebut iaitu Dean James, Nathan Tjoe-A-On, Justin Hubner dan Tim Geypens, yang beraksi dalam Eredivisie.
🚨 UPDATE 🚨PSSI kemarin (3/4) akhirnya keluarkan rilis resmi terkait status penggawa Timnas Indonesia yang bermain di Liga Belanda yang saat ini terdapat polemik.Pemain-pemain yang dimaksud diantaranya:• 🇮🇩Justin Hubner (22/DF) ➡️ 🇳🇱Fortuna Sittard (1st tier)• 🇮🇩Dean… pic.twitter.com/S281wGcs2w
— Indos FC (@IndosFC) April 4, 2026
Sumardji turut menegaskan bahawa semua pemain berdarah campuran berketurunan yang telah mewakili Indonesia, termasuk nama-nama tersebut, sudah sah sebagai Warganegara Indonesia (WNI).
Mereka sedang digantung sementara daripada beraksi berkenaan pendaftaran kewarganegaraan.
Sebelum ini, tular laporan mengenai beberapa pemain Sang Garuda masih didaftarkan selaku pemain Belanda berkemungkinan tidak melepaskan pasport asal meskipun sudah mewakili Indonesia.
Berdasarkan undang-undang tempatan Eredivisie, seseorang pemain kelahiran Belanda yang sudah mempunyai kewarganegaraan yang lain (meskipun berdarah warisan) akan kehilangan status selaku warganegara Belanda kerana mengikuti perlembagaan negara itu.
Jadi, mereka perlu diklasifikasikan sebagai pemain import kerana tertakluk kepada syarat, permit kerja, visa dan penstrukturan gaji yang ditetapkan.
Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) telah menjatuhkan hukuman sementara apabila tidak membenarkan pemain berkenaan diturunkan kerana belum jelas isu kerakyatan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Persatuan Bola Sepak Indonesia
#pemain warisan
#kewarganegaraan
#Liga Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan