awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia - Fahmi
Slovakia, Finland mahu kembangkan eksport pertahanan, sasar artileri Malaysia
Malaysia perlu buat pembaharuan, sesuaikan respons kepada cabaran global - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia pertimbang kenakan bayaran ke atas kapal lalu Selat Melaka - Laporan

Bernama
Bernama
22/04/2026
08:29 MYT
Indonesia pertimbang kenakan bayaran ke atas kapal lalu Selat Melaka - Laporan
Purbaya Yudhi Sadewa berkata cadangan itu mencerminkan desakan Presiden Prabowo Subianto untuk meningkatkan peranan Indonesia dalam perdagangan global. - Reuters

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan pada Rabu.

Langkah berkenaan bertujuan menjadikan salah satu koridor perkapalan tersibuk di dunia itu sebagai sumber pendapatan negara yang baharu.

Menteri Kewangan Purbaya Yudhi Sadewa berkata cadangan itu mencerminkan desakan Presiden Prabowo Subianto untuk meningkatkan peranan Indonesia dalam perdagangan global, menurut Jakarta Globe.

Bercakap dalam satu simposium di Jakarta, beliau berhujah bahawa walaupun negara itu terletak di lokasi yang strategik, kapal-kapal kini transit di laluan air berkenaan tanpa sebarang bayaran.

"Indonesia bukan negara terpinggir. Kita berada di sepanjang laluan perdagangan dan tenaga global yang penting, namun kapal yang melalui Selat Melaka tidak dikenakan bayaran," katanya.

Selat Melaka yang dikongsi oleh Indonesia, Malaysia dan Singapura, ialah arteri maritim penting yang menghubungkan Lautan Hindi dan Pasifik dan sering dibandingkan dengan laluan strategik lain seperti Hormuz, Suez dan Panama.

Purbaya mencadangkan sebarang mekanisme mengenakan bayaran memerlukan penyelarasan dengan negara jiran sambil menekankan bahagian geografi Indonesia yang dominan bagi laluan itu.

Beliau turut merujuk pada perbincangan antarabangsa, termasuk cadangan yang dikaitkan dengan Iran mengenai tol di Selat Hormuz sebagai model rujukan.

Bagaimanapun, idea itu menghadapi tentangan serantau serta-merta susulan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan menegaskan bahawa transit maritim di Selat Melaka dan Selat Singapura mesti kekal bebas dan tidak terhalang.

Beliau berkata Singapura tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang percubaan untuk menutup atau menghalang atau mengenakan tol di kawasan kejiranan mereka.

Bulan lepas, Suruhanjaya Keselamatan Negara parlimen Iran dilaporkan meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan tol transit ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz, yang sedang menunggu kelulusan perundangan selanjutnya, namun AS dan negara lain menentang sebarang tol ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Indonesia
#levi
#kapal
#Selat Melaka
#sumber pendapatan
#PURBAYA YUDHI SADEWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan