awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri tebu akan dibangunkan semula - Rafizi

Bernama
Bernama
14/03/2023
22:45 MYT
Industri tebu akan dibangunkan semula - Rafizi
Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Industri tebu di Malaysia akan dibangunkan semula untuk membantu memenuhi permintaan gula dalam negara, menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012.
Justeru, katanya kerajaan dalam perancangan mengenalpasti tanah-tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di Utara Perak bagi tujuan berkenaan.
''Kita mengimport 100 peratus gula mentah dan sudah tentu bila ada kenaikan harga ataupun isu (pergerakan) mata wang, minyak, maka kos perkapalan akan mahal
''Jadi, sekarang ada keperluan untuk kita menanam tebu dan rantaian ini akan disusun kerajaan supaya penanam (daripada golongan sasar) ada pembeli tersedia,'' beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat pada Selasa.
Pada masa sekarang, keperluan gula negara dipelopori MSM Malaysia Holdings Bhd.
Kapasiti pengeluaran tahunan MSM mencecah 2.05 juta tan gula bertapis pada masa ini dengan 60 peratus bagi memenuhi pasaran domestik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri tebu
#gula
#Rafizi Ramli
#gula import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan