awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi mereda dalam tempoh lapan bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan

Bernama
Bernama
25/08/2023
20:00 MYT
Inflasi mereda dalam tempoh lapan bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Menurut Fahmi Fadzil, kadar inflasi dalam sektor komunikasi di negara juga telah mereda daripada 0 peratus kepada -3.7 peratus, pada Julai lepas. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kadar inflasi keseluruhan di Malaysia mereda daripada 4.0 peratus kepada 2.0 peratus, dalam tempoh lapan bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kadar inflasi dalam sektor komunikasi di negara juga telah mereda daripada 0 peratus kepada -3.7 peratus, pada Julai lepas.
"Di pihak KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital), insya-Allah pelbagai inisiatif mengurangkan beban kewangan rakyat dalam sektor komunikasi akan diteruskan. Kita akan terus bekerja dan berkhidmat untuk kebaikan rakyat dan negara," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.
Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan, Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia, terus mereda kepada 2.0 peratus pada Julai 2023 iaitu yang terendah setakat tahun ini, dengan mata indeks mencatat 130.5 berbanding 127.9 bagi tempoh sama tahun lepas.
Kadar inflasi yang mencatat 2.4 peratus bagi tahun ke tahun pada Jun juga, menunjukkan aliran yang menyederhana sejak Januari pada 3.7 peratus.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan kadar inflasi itu, didorong oleh kenaikan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel pada 5.0 peratus; makanan dan minuman bukan alkohol (4.4 peratus); kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus) manakala kedua-dua kumpulan kesihatan dan pendidikan masing-masing meningkat 2.0 peratus. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar inflasi mereda
#Kerajaan Perpaduan
#KKD
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan