awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi perlu ditangani dengan langkah serampang dua mata - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
25/07/2023
14:23 MYT
Inflasi perlu ditangani dengan langkah serampang dua mata - Penganalisis
Afzanizam menjelaskan kadar upah yang setimpal dan kuasa membeli yang lebih baik membolehkan rakyat menghadapi situasi inflasi. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu inflasi, negara perlu beri tumpuan kepada membina kapasiti yang menyeluruh dan modal insan yang mantap.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah-langkah jangka masa pendek seperti subsidi dan pemberian tunai wajar diteruskan.
“Bayaran pindahan, subsidi dan sebagainya merupakan intervensi jangka pendek untuk memberi kelegaan. Bergerak ke hadapan apa yang perlu dilakukan ialah penekanan terhadap pembinaan kapasiti yang berkait rapat dengan pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur.
“Bermaksud kita mahu melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berkemahiran, yang mana apabila mereka masuk ke pasaran buruh, mereka layak untuk menerima kadar upah yang baik, bersesuaian dengan kemahiran yang mereka ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Afzanizam menjelaskan kadar upah yang setimpal dan kuasa membeli yang lebih baik membolehkan rakyat menghadapi situasi inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
Selain itu, isu penyalahgunaan instrumen rangsangan ekonomi juga perlu diberi perhatian bagi memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan benar-benar berkesan.
Agenda AWANI: Inflasi menurun, rakyat lega?
Topic Berkaitan
#subsidi
#Inflasi
#kos sara hidup
#pemberian tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan