awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Influencer' tidak terlepas cukai, HASiL perkasa ilmu fiskal

Astro AWANI
Astro AWANI
26/02/2026
10:37 MYT
'Influencer' tidak terlepas cukai, HASiL perkasa ilmu fiskal
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Bersama Dengan Pempengaruh Media Sosial bagi memperkasa kefahaman cukai, di Menara HASiL, Cyberjaya, pada Khamis.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) tampil proaktif memperkasa kefahaman cukai dalam kalangan pempengaruh media sosial menerusi penganjuran Sesi Libat Urus (SLU), di sini, pada Khamis.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) HASiL, Datuk Hisham Rusli berkata ledakan ekonomi digital yang semakin pesat menuntut kefahaman jelas mengenai tanggungjawab percukaian dalam kalangan pencipta kandungan.
"Sesi libat urus ini menjadi platform interaktif bagi menjelaskan layanan cukai terhadap pendapatan yang dijana oleh pempengaruh media sosial.
"Ia termasuk bayaran daripada platform digital, penajaan produk, jualan jenama sendiri serta royalti penggunaan kandungan yang tertakluk di bawah Perenggan 4(a), Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Pendekatan dialog secara langsung ini mencerminkan komitmen HASiL dalam memastikan pemain industri digital memahami dan mematuhi kewajipan cukai mereka," ujar Hisham menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Sesi libat urus ini bukan sahaja memberi penjelasan lebih tersusun mengenai kewajipan cukai, malah membuka ruang kepada HASiL untuk mendengar secara langsung pandangan serta cabaran yang dihadapi dalam landskap penciptaan kandungan digital.
"Sebagai langkah sokongan, HASiL turut menerbitkan Garis Panduan Layanan Cukai Ke atas Pendapatan Pempengaruh Media Sosial pada 14 Januari 2026 yang boleh diakses melalui portal rasmi agensi itu.
"HASiL akan terus mempergiat pendekatan kolaboratif dan pendidikan percukaian bagi memastikan sistem percukaian negara kekal relevan, telus dan seiring dengan perkembangan ekonomi digital negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#hasil
#pencipta kandungan digital
#pempengaruh media sosial
#Datuk Hisham Rusli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan