awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif DEWI: KUSKOP lulus dana RM3 bilion, perkasa usahawan wanita

Faida Rahim
Faida Rahim
05/03/2026
10:22 MYT
Inisiatif DEWI: KUSKOP lulus dana RM3 bilion, perkasa usahawan wanita
Steven Sim berucap Majlis Pelancaran TikTok Shop Bazar Raya 2026 di Putrajaya pada Khamis - Foto/ Astro AWANI
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pelancaran Inisiatif Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI) berjumlah hampir RM3 bilion bagi memperkasakan ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara.
Menterinya, Steven Sim Chee Keong menjelaskan, langkah ini diambil untuk menyatupadukan pelbagai program usahawan wanita yang sebelum ini bergerak secara berasingan.
"Kita mahu menggemblengkan sumber dan dana yang ada supaya lebih fokus. Melalui penyelarasan ini, kita bukan sahaja dapat menawarkan jumlah dana yang lebih besar, malah dapat memberikan manfaat dari segi latihan dan kemudahan lain secara lebih efektif kepada golongan sasar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran TikTok Shop Bazar Raya 2026 di Putrajaya pada Khamis.
Beliau berkata, inisiatif ini juga merupakan manifestasi tekad kementerian dalam melahirkan lebih ramai ‘iron lady’ atau tokoh wanita kental dalam dunia perniagaan tempatan.
Dalam pada itu, Inisiatif DEWI ini diumumkan khas menjelang sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 pada 8 Mac ini sebagai menghargai sumbangan besar usahawan wanita terhadap ekonomi negara.
“Kami menyasarkan seramai 300,000 usahawan wanita bakal menerima manfaat melalui pembiayaan yang ditawarkan sehingga mencecah RM3 juta bagi setiap permohonan yang layak,” katanya.
Mengulas lanjut, sebanyak empat agensi di bawah KUSKOP telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana bagi memastikan dana tersebut sampai kepada golongan sasar secara efektif.
Agensi-agensi berkenaan ialah Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
“Inisiatif ini dirangka bagi menyediakan sokongan kewangan yang mampan, sekali gus membolehkan usahawan wanita mengembangkan skala perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Topic Berkaitan
#Inisiatif dewi
#Steven Sim
#bantuan usahawan
#TikTok shop bazar raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan