awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Adib: 'Halau! Jangan bagi bomba turun' - Saksi

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/02/2019
06:49 MYT
Inkues Adib: 'Halau! Jangan bagi bomba turun' - Saksi
Saksi ke-9 Narresh Rajandran, 30 tahun, seorang teknikal kru berkata, dia turut mendengar laungan 'jangan pukul, itu bomba! - Gambar fail
Halau! Jangan bagi dia (bomba) turun, halau!
itu adalah antara ayat yang didengari seorang saksi awam ketika memberitahu Mahkamah Koroner hari ini ketika prosiding inkues kes Arwah Muhammad Adib Mohd Kassim.
Saksi ke-9 Narresh Rajandran, 30 tahun, seorang teknikal kru berkata, dia turut mendengar laungan 'jangan pukul, itu bomba!
Katanya, jeritan itu datang dari orang ramai yang berada di kawasan tapak kuil berkenaan ketika rusuhan berlaku pada 27 November lepas.
"Ketika itu, saya nampak ada orang letakkan 'barricade' di atas sebuah kereta dan bakar, semua. Kemudian saya lihat bomba datang dengan Fire Rescue Tender (FRT) namun diserang.
"Apabila bomba buka pintu nak turun, mereka (perusuh) menolak kembali pintu frt, dalam masa sama ada yang memanjat frt berkenaan," katanya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah mengenai kejadian rusuhan tersebut.
Hamdan : Apa yang kamu lakukan ketika itu?
Narresh : Saya cuma tengok apa mereka buat, kawan saya lari ke arah kawasan kosong. Masa itu ada antara perusuh yang membaling air mineral ke arah FRT. Dalam masa yang sama kawan saya tadi telefon.
Hamdan : Keadaan ketika itu bagaimana?
Narresh : Kecoh dan huru-hara, ramai orang menjerit-jerit dan kawan saya mengajak saya keluar dari tempat ini.
Itu adalah perkara yang sempat diceritakan oleh Narresh di hadapan Koroner Rofiah Mohamad sebelum prosiding dihentikan dan akan disambung pada 18 Februari depan (Isnin).
Muhammad Adib, 24 tahun, yang juga anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara selepas berada dalam keadaan koma lebih sebulan.
Topic Berkaitan
#bomba
#EMRS
#Fire Rescue Tender
#IJN
#Institut Jantung Negara
#kuil sri maha mariamman
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#Narresh Rajandran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan