awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon

Bernama
Bernama
16/04/2024
21:15 MYT
INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
Menurut Ewon, usahawan dilatih tahun lepas telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan ada yang mencapai sehingga 75 peratus nilai jualan selepas mengikuti program bimbingan itu. - Foto BERNAMA
CYBERJAYA: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, usahawan dilatih tahun lepas telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan ada yang mencapai sehingga 75 peratus nilai jualan selepas mengikuti program bimbingan itu.
"Ini menunjukkan INSKEN merupakan agensi bimbingan keusahawanan penting di negara ini. Kementerian akan terus sokong dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada usahawan kita menerusi INSKEN ini," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya INSKEN, di sini, pada Selasa.
Ewon berkata, pelbagai program dan latihan keusahawanan direncanakan tahun ini dengan harapan dapat membimbing 10,000 usahawan dan berdasarkan kajian pihaknya, usahawan mikro dan kecil paling ramai terlibat dalam sektor perkhidmatan.
INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program latihan dan bimbingan dengan senarai latihan boleh didapati di laman https://www.insken.gov.my/pendaftaran/.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai lokasi Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) anjuran KUSKOP yang seterusnya, Ewon berkata, ia bakal diadakan pada 11 dan 12 Mei depan di Kuala Penyu, Sabah sempena Pesta Kaamatan.
"Program sama juga akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh negara selain kita juga bakal mengadakan Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Francais dan Jualan MADANI Koperasi selepas ini," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#INSKEN
#usahawan
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan