awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor dan empat anggota hadapi tujuh pertuduhan di Kuching

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
17/08/2017
15:27 MYT
Inspektor dan empat anggota hadapi tujuh pertuduhan di Kuching
Dalam pertuduhan itu, jika sabit kesalahan, setiap pertuduhan berhadapan maksimum 10 tahun penjara atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali. - Gambar hiasan
Mahkamah Sesyen Kuching hari ini menetapkan 25 September depan untuk sebutan semula kes seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan empat anggota lain-lain pangkat berhubung tujuh tuduhan jenayah pemerasan.
Pada pagi tadi, kelima-lima mereka mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.
Dalam kertas pertuduhan, Inspektor Joslin Savantil daripada Cawangan Pelesenan Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri dituduh secara bersama dengan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Koperal Mohd Mustaqim Che Ismail melakukan peras ugut terhadap peniaga rokok haram di Taman Sri Harmoni, Matang pada jam 8.30 malam, 3 Ogos lalu.
Joslin turut dituduh dalam satu lagi kes lain membabitkan ugutan yang sama terhadap seorang penjual rokok haram di kedai serbaguna di Batu Lintang, sekitar jam 12.30 petang, 31 Julai lalu. Kali ini melibatkan dua lagi anggota IPD Kuching; Lans Koperal Mohd Aslan Rasgan dan Lans Koperal Mohd Noor Faiz Khalidi.
Mustaqim turut dituduh bersama-sama Koperal Hamizam Hamdi Chia melakukan peras ugut terhadap penganjur judi holo dan 4D haram pada jam 6.30 petang 8 Ogos lalu, di hadapan sebuah rumah Kampung Temaga Dayak, Sematan.
Keputusan membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM20 ribu seorang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen 1, Afidah Abdul Rahman; Hakim Mahkamah Sesyen 2, Dayang Elynn Narissa Abang Ahmad, dan Hakim Mahkamah Sesyen 3, Timothy Finlayson Joel.
Jaminan itu perlu dibayar oleh dua penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.
Dalam pertuduhan itu, jika sabit kesalahan, setiap pertuduhan berhadapan maksimum 10 tahun penjara atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.
Seorang lagi anggota polis yang turut sama ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis.
Empat tertuduh diwakili peguam Shankar Ram Asnani dan Daniel Ling kecuali Faiz yang diwakili Hani Iryani Boni.
Topic Berkaitan
#anggota
#inspektor
#jenayah
#mahkamah
#pamerasan
#parbicaraan
#peniaga rokok haram
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan