awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Instagram pertimbang bangunkan aplikasi khusus untuk TV

Amanz
Amanz
10/10/2025
06:15 MYT
Instagram pertimbang bangunkan aplikasi khusus untuk TV
Meta sedang mempertimbang pembangunan aplikasi Instagram khusus untuk televisyen, memfokuskan kepada kandungan video seperti Reels. -Foto Amanz
META sebelum ini pernah bereksperimen dengan Facebook Video pada TV dalam memudahkan pengguna mengikuti kandungan video terus pada kaca televisyen.

Ringkasan AI
  • Meta sedang mempertimbang pembangunan aplikasi Instagram khusus untuk televisyen, memfokuskan kepada kandungan video seperti Reels.
  • Aplikasi ini dijangka menjadi alternatif kepada YouTube TV dan TikTok TV, tanpa pelesenan kandungan atau acara sukan.
  • Langkah ini selari dengan usaha Meta untuk meluaskan capaian Instagram yang kini mempunyai 3 bilion pengguna aktif bulanan.

Walaupun penawaran berkenaan telah ditamatkan, Meta dilihat masih tidak berputus asa dalam memenangi penggunaan aplikasi mereka pada kaca televisyen.
Terbaharu, Instagram sedang mempertimbang untuk membangunkan aplikasi khusus untuk kaca televisyen.
Ia akan memfokuskan kepada kandungan video, sekali gus membolehkan pengguna terus mengikuti pelbagai kandungan video yang diterbitkan di Instagram, di ruang tamu.
Ini juga secara tidak langsung mungkin memposisikannya sebagai penawaran alternatif oleh Meta untuk kaca televisyen, berbanding penawaran YouTube TV dan juga TikTok TV.
Menyentuh mengenainya juga, Ketua Instagram, Adam Mosseri berkongsi bahawa mereka akan melihat kepada penawaran kandungan Instagram Reels sedia ada di kaca televisyen, dan tidak berminat untuk melesenkan sebarang kandungan atau acara sukan.
Instagram baru-baru ini telah berkongsi mereka mempunyai 3 bilion pengguna aktif bulanan, dan semestinya mereka ingin terus menambah capaian melalui penawaran pada pelbagai peranti-peranti lain di pasaran. -Amanz
Topic Berkaitan
#Intel
#Meta
#Instagram
#Aplikasi Khusus Untuk TV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan