awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KESUMA tiada masalah jika guna sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Ramanan
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS menjelang anggaran awal KDNK suku pertama esok
PRU: PH teliti hasrat Amanah perluas penguasaan kerusi di Wilayah Persekutuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPFN yang tempatkan mayat Kim Jong Nam kini tidak lagi dikawal ketat

Bernama
Bernama
27/03/2017
00:35 MYT
IPFN yang tempatkan mayat Kim Jong Nam kini tidak lagi dikawal ketat
Pada 13 Feb lepas, Jong Nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika menungggu penerbangan untuk ke Macau. - Gambar fail
Kawasan perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini yang menempatkan mayat Kim Jong Nam kini tidak lagi 'diberikan kawalan ketat' oleh pihak polis.
Tinjauan Bernama sekitar pukul tujuh malam tadi mendapati pintu utama IPFN yang sebelum ini ditutup rapat telah dibuka sepenuhnya dan orang ramai yang berurusan di IPFN dibenarkan masuk.
Jurugambar Bernama, Mohamad Helmizuddin Daud memberitahu penulis beliau berasa pelik kerana kebiasaannya anggota polis mengawal ketat di pintu masuk IPFN itu dengan hanya membenarkan dua atau tiga ahli keluarga sahaja yang perlu berurusan di IPFN.
Difahamkan kawalan ketat itu dilonggarkan selepas sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire berwarna putih beredar dari IPFN, sekitar 2 petang semalam.
Bagaimanapun, pihak polis ketika dihubungi Bernama enggan mengulas mengenai kehadiran kenderaan pelbagai guna itu di IPFN.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Ahad berkata, kerajaan dijangka memutuskan segera tindakan ke atas mayat Kim Jong Nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara dalam tempoh terdekat ini.
Subramaniam berkata perbincangan masih dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan Korea Utara.
Pada 13 Feb lepas, Jong Nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika menungggu penerbangan untuk ke Macau.
Dia dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX. Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr S Subramaniam
#kim jong nam
#KLIA2
#Korea Utara
#mayat
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan