awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran beri amaran: Pegawai AS, Israel tidak lagi selamat

Astro AWANI
Astro AWANI
20/03/2026
22:05 MYT
Iran beri amaran: Pegawai AS, Israel tidak lagi selamat
Amaran itu hadir ketika konflik antara Iran dengan gabungan AS-Israel memasuki minggu ketiga tanpa tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat. - Foto REUTERS
Jurucakap angkatan tentera Iran memberi amaran kepada pegawai serta komander Amerika Syarikat (AS) dan Israel bahawa mereka tidak lagi selamat, termasuk di lokasi pelancongan dan kawasan rekreasi di seluruh dunia.
Menurut kenyataan yang dibacakan di televisyen negara, jurucakap tersebut mendakwa pegawai dan pihak berkuasa AS serta Israel kini berlindung di bunker dan tempat perlindungan, selain menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.
Amaran itu hadir ketika konflik antara Iran dengan gabungan AS-Israel memasuki minggu ketiga tanpa tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat.
Dalam masa sama, Selat Hormuz yang kritikal, laluan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan gas asli cecair dunia masih sebahagian besarnya ditutup, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kenaikan harga tenaga global serta tekanan inflasi.
Konflik berterusan itu turut memberi kesan ekonomi kepada sekutu AS, yang dilaporkan tidak dirujuk sebelum serangan udara dilancarkan ke atas Iran.
Sejak kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, juga berdepan kritikan keras daripada sekutu berhubung pendekatan agresif terhadap Iran, termasuk ancaman berterusan yang meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
#Iran
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan