awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketegangan Asia Barat: Pelabuhan seluruh negara sedia terima tambahan kontena
Rakyat Malaysia di Asia Barat digesa patuhi arahan keselamatan
Pemimpin ASEAN perlu bersatu kecam tindakan agresif di Asia barat - SDSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran mahu jadikan sekolah perempuan dibom sebagai muzium

Bernama
Bernama
16/03/2026
11:59 MYT
Iran mahu jadikan sekolah perempuan dibom sebagai muzium
Sekurang-kurangnya 168 murid berumur tujuh hingga 12 tahun, 26 guru dan empat ibu bapa kehilangan nyawa dalam serangan di bandar Minab di selatan Iran pada 28 Februari lalu. - Reuters
Iran merancang untuk menukar sekolah perempuan yang dibom pada hari pertama konflik sebagai muzium memperingati hampir 200 mangsa serangan itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
"Sekolah ini ialah bukti kesediaan rakyat Amerika untuk melakukan jenayah dan mesti didaftarkan serta didokumenkan untuk diabadikan dalam ingatan sejarah rakyat Iran," kata kerajaan Iran dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Sekurang-kurangnya 168 murid berumur tujuh hingga 12 tahun, 26 guru dan empat ibu bapa kehilangan nyawa dalam serangan di bandar Minab di selatan Iran pada 28 Feb.
Pelbagai laporan media telah menuding jari kepada Amerika Syarikat (AS) sebagai bertanggungjawab terhadap serangan itu. Memetik sumber sulit, New York Times dan CNN melaporkan hasil awal siasatan menunjukkan AS bertanggungjawab.
Butiran lanjut mengenai rancangan berhubung muzium itu belum didedahkan. Sekolah berkenaan akan dibina semula di tempat lain bagi mengenang mangsa.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Iran
#sekolah dibom
#muzium
#serangan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan