awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran perkukuh tapak nuklear, timbulkan kebimbangan serangan udara

Astro AWANI
Astro AWANI
13/02/2026
00:20 MYT
Iran perkukuh tapak nuklear, timbulkan kebimbangan serangan udara
Imej satelit bertarikh 1 Februari 2026 menunjukkan bumbung baharu yang dibina di atas bangunan yang sebelum ini musnah di tapak nuklear Isfahan, Iran. - Foto REUTERS
Iran dikesan menimbus pintu masuk terowong di kompleks nuklear Isfahan dalam langkah yang digambarkan penganalisis sebagai usaha mengurangkan kesan serangan udara dan menyukarkan serangan darat ke atas bahan sensitif seperti uranium diperkaya tinggi.
Imej satelit beresolusi tinggi menunjukkan tiga pintu masuk utama ke kompleks bawah tanah itu telah sepenuhnya dilitupi tanah, termasuk satu pintu masuk yang sebelum ini dilengkapi ciri pertahanan tambahan.
Menurut Institut Sains dan Keselamatan Antarabangsa (ISIS), kaedah penimbusan itu berupaya “meredam serangan udara” serta menghalang pasukan khas daripada menembusi kompleks tersebut.
Di tapak nuklear Isfahan, satu bumbung baharu turut dibina pada bangunan yang pernah diserang Israel tahun lalu.
Bangunan itu dipercayai terlibat dalam pembuatan sentrifug.
Kerja-kerja di atas tanah juga dilihat di kemudahan nuklear Natanz, di kawasan yang rosak akibat serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) pada Jun lalu.
Antara awal Disember hingga Januari, Iran menyiapkan bumbung baharu di atas struktur sangkar antidron yang rosak di loji pemerkayaan tapak tersebut.
Langkah‑langkah ini muncul ketika ketegangan antara Iran, AS dan Israel terus meningkat, dengan penganalisis menyifatkannya sebagai sebahagian daripada usaha Teheran memperkukuh pertahanan menjelang kemungkinan serangan baharu.
Topic Berkaitan
#kompleks nuklear Isfahan
#Israel
#pintu masuk terowong
#Amerika Syariat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan