awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran sah tidak sertai Piala Dunia Trek 2026 di Malaysia

Bernama
Bernama
04/04/2026
09:26 MYT
Iran sah tidak sertai Piala Dunia Trek 2026 di Malaysia
Walaupun menghadapi kekangan besar, difahamkan atlet dan pegawai di Iran berada dalam keadaan selamat. - Gambar fail/ Reuters
Iran tidak akan mengambil bahagian dalam pusingan terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 yang dijadual berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, dari 24 hingga 26 April ini susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill berkata situasi di Iran kini tegang, sekali gus menyukarkan pergerakan keluar masuk atlet dan pegawai pasukan.

“Setakat ini, Iran tidak akan hadir. Keadaan di sana cukup tegang dan amat sukar untuk mereka meninggalkan negara.

“Saya telah berbincang dengan Presiden Persekutuan Berbasikal Iran, namun beliau memaklumkan keadaan sangat sukar, malah untuk berhubung juga menjadi cabaran ekoran masalah komunikasi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Amarjit berkata walaupun menghadapi kekangan besar, beliau dimaklumkan atlet dan pegawai di Iran berada dalam keadaan selamat, selain usaha komunikasi akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, beliau yang juga Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) berkata badan induk itu bersedia membantu pembangunan semula sukan berbasikal Iran selepas konflik berakhir.

“Kita telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat ACC dan bersetuju menyalurkan bantuan kepada Persekutuan Berbasikal Iran bagi tujuan pembangunan semula.

“Kita juga akan membawa perkara ini kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan, namun semua itu bergantung kepada keadaan selepas konflik berakhir,” katanya.

Terdahulu, Amarjit mengumumkan sebanyak 46 negara yang melibatkan 370 pelumba dan 160 pegawai telah mengesahkan penyertaan pada pusingan terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek 2026.

Antara pelumba tersohor yang mengesahkan penyertaan termasuk juara Sukan Olimpik lima kali, Harrie Lavreysen (Belanda), Nicholas Paul (Trinidad & Tobago), Sebastien Vigier (Perancis), Luca Spiegel (Jerman) dan Danial Staniszewski (Poland).

Selain pelumba antarabangsa, turut bakal mencuri tumpuan adalah jaguh negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran
#Berbasikal Trek
#Piala Dunia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan