awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran siap sedia bertindak balas selepas serangan AS-Israel ke atas syarikat keluli

Bernama
Bernama
28/03/2026
16:58 MYT
Iran siap sedia bertindak balas selepas serangan AS-Israel ke atas syarikat keluli
Kedua-dua pihak itu menyerang kemudahan reaktor penyelidikan air berat di Khondab, tengah Iran serta loji pengeluaran “yellowcake” di Yazd pada hari sama. - Foto X/@Osint613

Iran sedang bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas dua syarikat keluli terbesarnya, yang mengorbankan sekurang-kurangnya seorang pekerja dan mencederakan beberapa yang lain pada Jumaat, lapor Tehran Times.

Pada sebelah petang, sebahagian daripada kilang keluli Mobarakeh di Wilayah Esfahan, tengah Iran, serta Syarikat Industri Keluli Khuzestan di selatan negara itu dilaporkan terkena serangan AS-Israel.
Pekerja berada di kedua-dua lokasi ketika serangan berlaku.
Perkhidmatan kecemasan segera dikerahkan dan jumlah mangsa dijangka meningkat.
Kedua-dua pihak itu juga menyerang kemudahan reaktor penyelidikan air berat di Khondab, tengah Iran serta loji pengeluaran “yellowcake” di Yazd pada hari sama.
Sejurus selepas gelombang serangan terbaharu itu, Jabatan Perhubungan Awam Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengeluarkan amaran keras kepada syarikat industri Amerika dan industri berat berkaitan dengan Israel yang beroperasi di rantau itu agar segera mengosongkan tempat kerja mereka.
Dalam satu kenyataan, IRGC mengumumkan yang operasi tindak balas sedang dijalankan susulan beberapa serangan ke atas pusat industri Iran.
Kenyataan itu menegaskan yang serangan itu berlaku walaupun amaran sebelum ini diberikan agar tidak menyasarkan infrastruktur industri Iran.
IRGC memberi amaran yang “semua pekerja yang bekerja untuk syarikat yang mempunyai pemegang saham AS, serta industri berat yang bersekutu dengan rejim Zionis, agar mengosongkan tempat kerja mereka tanpa berlengah bagi memastikan keselamatan mereka.”
Amaran itu turut meliputi penduduk yang tinggal dalam radius satu kilometer dari kemudahan industri berkenaan agar meninggalkan kediaman mereka sehingga serangan balas selesai. Ini menandakan peningkatan ketara dalam konflik.
AS dan Israel menyifatkan kempen mereka sebagai usaha untuk menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear, namun sejak perang bermula pada 28 Februari, sasaran turut melibatkan, infrastruktur tenaga dan bangunan kediaman industri negara itu.
Kali terakhir kedua-dua pihak menyerang sasaran strategik, Iran bertindak balas dengan serangan besar ke atas lokasi yang berkaitan dengan AS dan Israel di rantau itu.
-- BERNAMA-TEHRAN TIMES
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#tindak balas
#serangan
#Khondab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan