awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan bola sepak wanita Iran tiba di Kuala Lumpur
Konflik Asia Barat: Serangan di Iran tidak capai tahap ‘hari paling sengit’ seperti diancam Hegseth
Ringgit dibuka tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, tidak berubah berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Iran tidak akan goyah walaupun sesaat' - Abbas Araghchi ikrar sokong kepimpinan Mojtaba Khamenei

Astro AWANI
Astro AWANI
09/03/2026
04:07 MYT
'Iran tidak akan goyah walaupun sesaat' - Abbas Araghchi ikrar sokong kepimpinan Mojtaba Khamenei
Araghchi (foto) menegaskan komitmen kementeriannya untuk terus setia di bawah kepimpinan baharu itu dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara di tengah-tengah ketegangan yang masih memuncak di Asia Barat. -Gambar fail/Xinhua
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menzahirkan ucapan tahniah kepada Mojtaba Khamenei atas pelantikan beliau sebagai Pemimpin Tertinggi Iran baharu, menggantikan Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan di platform X, Abbas Araghchi menegaskan komitmen kementeriannya untuk terus setia di bawah kepimpinan baharu itu dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara di tengah-tengah ketegangan yang masih memuncak di Asia Barat.
پیام تبریک به مناسبت انتخاب شایسته حضرت آیه‌الله سید مجتبی حسینی خامنه‌ای به‌عنوان سومین رهبر معظم انقلاب اسلامی، همزمان با اولین شب پر برکت قدر...عهد می بندیم برای دفاع از حقوق ملت بزرگ ایران، پیشبرد منافع و امنیت ملی، و تحقق اهداف عالیه انقلاب اسلامی لحظه ای از پا ننشینیم. pic.twitter.com/SPxAYbYieu
— Seyed Abbas Araghchi (@araghchi) March 9, 2026
“Kami berikrar dalam mempertahankan hak bangsa Iran, memajukan kepentingan dan keselamatan nasional, serta merealisasikan matlamat Revolusi Islam, kami tidak akan goyah walaupun sesaat,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Pelantikan Mojtaba dilihat sebagai langkah penting bagi mengekalkan kestabilan politik Tehran selepas serangan udara AS-Israel yang meragut nyawa sebahagian besar kepimpinan negara dan mencetuskan konflik lebih luas di rantau berkenaan.
Abbas Araghchi turut memberi jaminan jentera diplomatik Iran akan terus berfungsi sepenuhnya bagi memastikan objektif strategik negara dapat dicapai meskipun berdepan tekanan ketenteraan dan ekonomi daripada kuasa Barat.
Topic Berkaitan
#Iran
#Mojtaba Khamenei
#abbas araghchi
#Pemimpin Tertinggi Iran
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan