awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penglibatan swasta, usahawan penting jayakan Ekonomi MADANI – PM Anwar
Hishammuddin, KJ, Syed Hamid bersama 6,252 ahli sah kembali kepada UMNO
Pearly terima penghargaan daripada Anwar dan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran tolak gencatan senjata sementara, tuntut perang Asia Barat ditamatkan sepenuhnya

Bernama
Bernama
17/04/2026
10:59 MYT
Iran tolak gencatan senjata sementara, tuntut perang Asia Barat ditamatkan sepenuhnya
Saeed Khatibzadeh (foto) berkata sebarang bentuk gencatan senjata mestilah merangkumi semua zon konflik, termasuk di Lubnan dan Laut Merah, yang disifatkan Tehran sebagai “garisan merah”. -Gambar fail
Iran menegaskan pendiriannya menolak sebarang cadangan gencatan senjata sementara, sebaliknya menuntut penamatan perang secara menyeluruh di seluruh wilayah Asia Barat.
Timbalan Menteri Luar Iran, Saeed Khatibzadeh, berkata sebarang bentuk gencatan senjata mestilah merangkumi semua zon konflik, termasuk di Lubnan dan Laut Merah, yang disifatkan Tehran sebagai “garisan merah”.
“Kami tidak akan menerima sebarang gencatan senjata bersifat sementara. Kitaran konflik ini perlu dihentikan di sini, sekali gus dan untuk selama-lamanya,” katanya kepada pemberita di luar acara Forum Diplomasi Antalya, di sini, hari ini.
Mengulas isu Selat Hormuz, Khatibzadeh menjelaskan laluan air strategik itu secara sejarahnya sentiasa dibuka kepada umum walaupun terletak dalam perairan wilayah Iran.
Dalam pada itu, beliau menuduh Amerika Syarikat dan Israel sebagai punca kepada ketidakstabilan di rantau berkenaan, yang menurutnya telah memberi kesan negatif terhadap perdagangan global serta ekonomi dunia.
Kenyataan tegas Tehran itu menyusul ketika usaha diplomatik antarabangsa sedang giat dijalankan bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Topic Berkaitan
#Saeed Khatibzadeh
#Iran
#gencatan senjata
#konflik Asia Barat
#lubnan
#Selat Hormuz
#Forum Diplomasi Antalya
#Amerika Syarikat
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan