awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irmohizam individu pertama dilantik Duta Jenama AAGBS, UiTM

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2022
10:42 MYT
Irmohizam individu pertama dilantik Duta Jenama AAGBS, UiTM
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ts. Roziah Mohd (kiri) menyampaikan anugerah kepada Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (tengah). - Gambar/ UiTM
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Duta Jenama Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), sebuah fakulti pascasiswazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, Irmohizam adalah individu pertama dilantik oleh AAGBS dan UiTM berdasarkan peranan dan pengalaman beliau memegang jawatan yang penting di sektor korporat dan awam serta kualiti keperibadiannya yang cemerlang.
“Sebagai Duta Jenama untuk AAGBS, UiTM, beliau akan menyumbang dalam mewujudkan kesedaran jenama tentang AAGBS terutamanya melalui pemasaran mulut ke mulut, platform media sosial dan kedudukan beliau dalam industri dan komuniti.
“AAGBS boleh mendapat manfaat daripada penglibatan luas beliau dalam badan korporat dan kerajaan.
“Kerjasama dengan industri adalah penting dalam mendapatkan maklum balas dan pandangan tentang program akademik dan kualiti siswazah AAGBS dalam usaha AAGBS mencapai visi untuk menjadi fakulti pascasiswazah yang diiktiraf di peringkat global,” demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini.
Majlis penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ts. Roziah Mohd Janor.
Dalam kenyataan sama, UiTM menambah Irmohizam merupakan alumni AAGBS, dan berkelulusan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan yang dianugerahkan pada 2020.
Topic Berkaitan
#UiTM
#Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
#WTCKL
#AAGBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan