awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
Konflik Asia Barat: Israel mahu adakan rundingan terus dengan Lubnan
Konflik Asia Barat: Delegasi Iran akan ke Pakistan untuk rundingan damai dengan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Islam ajar sikap simpati tanpa beza fahaman, agama - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
06/03/2026
14:28 MYT
Islam ajar sikap simpati tanpa beza fahaman, agama - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid semasa menyampaikan ucapan pada majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega di Dataran Pusat Islam Masjid Al-Azim, Bukit Palah hari ini. - Gambar Bernama
Islam tidak mengajar umatnya membezakan rasa simpati terhadap mana-mana pihak walaupun berbeza fahaman mazhab mahupun agama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata tindakan Malaysia menyuarakan simpati kepada negara Islam yang diserang di Timur Tengah juga bukannya satu sikap untuk menentang kuasa-kuasa besar.
“Sebagai umat Islam apa pun mazhab yang kita pegang, kita harus bersimpati bukan sahaja apabila sesebuah negara diserang tetapi juga apabila pemimpin utamanya dibunuh.
“Ini sesuatu yang harus ditentang oleh kita. Takkanlah kita tidak boleh menyuarakan rasa simpati kita kepada negara yang seagama dengan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 3,000 tetamu di Dataran Pusat Islam Masjid Al-Azim, di Bukit Palah di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata walaupun Malaysia mempunyai majoriti penduduk beragama Islam negara ini tidak pernah mengambil pendirian untuk membenci agama lain.
“Bersyukurlah dengan kebersamaan yang ada di negara kita ini. Jagalah keamanan, jagalah keharmonian, jagalah perbedaan agama, bahasa dan kebudayaan di bulan Ramadan ini,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuasa besar
#Ramadan
#agama
#simpati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan