awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri ucap selamat raikan Good Friday, Easter dan Vishu

Bernama
Bernama
15/04/2022
09:41 MYT
Ismail Sabri ucap selamat raikan Good Friday, Easter dan Vishu
Perdana Menteri berkata Malaysia meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian sebagai sebuah keluarga besar dan saling menghormati antara satu sama lain. - Facebook Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Menyambut Hari Good Friday dan Easter, kepada Keluarga Malaysia yang beragama Kristian.
Menerusi catatan di Facebooknya, beliau berkata Malaysia meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian sebagai sebuah keluarga besar dan saling menghormati antara satu sama lain.
"Inilah Malaysia...sebuah negara yang unik, harmoni dan silang budaya...Umpama selembar benang, dikait, ditenun dan dijalin, akhirnya menjadi kain yang sempurna indahnya...menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang sejahtera," katanya.
Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan Easter pada 17 April.
Sementara itu, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.
"Semoga perayaan tahun baharu bagi kaum Malayalee ini, membawa kebaikan dan keamanan di samping mengeratkan hubungan sesama Keluarga Malaysia," katanya.
Perayaan itu disambut pada hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Good Friday
#Easter
#kebebasan beragama
#penganut Kristian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan