awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku pengarah ICE Todd Lyons bakal tinggalkan agensi
Serigala ‘terlepas’ di Korea Selatan akhirnya ditangkap selepas sembilan hari
Konflik Asia Barat: Pasukan AS ‘bersedia sepenuhnya’ - Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel keluarkan amaran pergerakan kepada penduduk selatan Lubnan

Bernama
Bernama
16/04/2026
23:12 MYT
Israel keluarkan amaran pergerakan kepada penduduk selatan Lubnan
Jambatan Qasmiyeh yang rosak merentasi Sungai Litani selepas diserang Israel di selatan Lubnan. - Foto REUTERS
Tentera Israel mengeluarkan amaran kepada penduduk di selatan Lubnan supaya tidak bergerak ke selatan Sungai Litani, walaupun perjanjian gencatan senjata telah mula dilaksanakan.
Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform X, menyifatkan mesej itu sebagai “amaran segera” kepada penduduk setempat.
Beliau berkata meskipun gencatan senjata telah memasuki fasa pelaksanaan, tentera Israel masih mengekalkan kedudukan sedia ada bagi menangani apa yang didakwa sebagai aktiviti keganasan berterusan oleh Hezbollah.
“Sehingga diberitahu kelak, anda diminta untuk tidak bergerak ke selatan Sungai Litani,” katanya.
Amaran itu dikeluarkan ketika usaha antarabangsa giat dijalankan untuk memastikan pematuhan gencatan senjata antara Israel dan Lubnan, serta mengelakkan konflik di kawasan sempadan daripada tercetus semula.
Sungai Litani sering dijadikan garis pemisah strategik dalam perbincangan keselamatan di selatan Lubnan, khususnya berkaitan kehadiran kumpulan bersenjata dan operasi ketenteraan di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Israel
#lubnan
#Sungai Litani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan