awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel ketatkan akses ke Masjid Al-Aqsa Jumaat kedua Ramadan

Bernama
Bernama
27/02/2026
21:28 MYT
Israel ketatkan akses ke Masjid Al-Aqsa Jumaat kedua Ramadan
Israel meluluskan pelan pada permulaan Ramadan yang mengehadkan kemasukan kepada 10,000 jemaah Palestin untuk solat Jumaat sepanjang bulan suci, berdasarkan cadangan keselamatan. - Gambar WAFA
Tentera Israel mengerahkan pasukan besar di seluruh Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat, terutamanya di sekatan jalan raya menuju Baitulmuqaddis, mengetatkan sekatan terhadap rakyat Palestin yang ingin menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa untuk Jumaat kedua di bulan Ramadan.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, ribuan rakyat Palestin berkumpul sebelum subuh di sekatan tentera Qalandia di utara Baitulmuqaddis untuk cuba menuju ke bandar suci itu bagi menunaikan solat.
Langkah ketat Israel menghalang puluhan orang daripada memasuki kawasan itu dengan tentera menyatakan kegagalan memenuhi syarat yang ditetapkan, menurut jemaah yang berkata mereka "diarahkan berpatah balik walaupun tiba awal."
Israel meluluskan pelan pada permulaan Ramadan yang mengehadkan kemasukan kepada 10,000 jemaah Palestin untuk solat Jumaat sepanjang bulan suci, berdasarkan cadangan keselamatan.
Di bawah pelan itu, rakyat Palestin perlu mendapatkan permit harian khas untuk setiap solat.
Kemasukan dihadkan kepada lelaki berumur 55 tahun ke atas, wanita 50 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah 12 tahun, yang ditemani oleh ahli keluarga terdekat.
Tentera Israel menyatakan dalam satu kenyataan yang semua permit memerlukan kelulusan keselamatan terlebih dahulu.
Jemaah juga perlu melengkapkan prosedur pengesahan digital di sekatan jalan raya ketika kembali ke Tebing Barat.
Beberapa jemaah menceritakan pengalaman kemasukan mereka ditolak walaupun mempunyai permit, termasuk Mariam Ramadhan 54, dan Joudat Jaradat, 65, yang masing-masing dihalang masuk tanpa penjelasan.
Ramadan setiap tahun menarik ratusan ribu rakyat Palestin dari Tebing Barat ke Masjid Al-Aqsa, mewujudkan suasana meriah di pasar dan kawasan sekitar yang sibuk di Baitulmuqaddis.
Sejak serangan ke atas Gaza bermula pada 8 Okt 2023 dan berlanjutan selama dua tahun, pihak berkuasa Israel mengetatkan sekatan pergerakan di sekatan tentera di bandar suci itu.
Dalam dua tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa Israel hanya membenarkan kemasukan terhad rakyat Palestin selepas memperoleh permit yang dikeluarkan tentera, yang sukar diperoleh.
Rakyat Palestin menganggap Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara masa depan mereka, manakala Israel menganggap bandar itu, termasuk sektor timur dan baratnya, sebagai ibu kotanya.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Masjid Al-Aqsa
#Solat Jumaat
#Ramadan
#Palestin
#Israel
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan