awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel larang solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa

Bernama
Bernama
20/03/2026
01:39 MYT
Israel larang solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa
Pihak berkuasa Israel melarang solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan yang dikenakan susulan serangan Israel ke atas Iran. - Gambar fail Bernama
Pihak berkuasa Israel melarang solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan yang dikenakan susulan serangan Israel ke atas Iran.
Menurut Anadolu Ajansi, rakyat Palestin pada Jumaat menyeru umat Islam supaya berkumpul berhampiran Kota Lama untuk menunaikan solat sedekat mungkin dengan Masjid Al-Aqsa bagi menandakan berakhirnya Ramadan.
Polis Israel sebelum ini menggunakan belantan, bom denyar dan gas pemedih mata terhadap rakyat Palestin yang menunaikan solat di luar tembok Kota Lama sebagai membantah sekatan di Masjid Al-Aqsa semasa Ramadan.
Baitulmuqaddis Timur yang diduduki memasuki tempoh perayaan dalam suasana yang suram.
Kota Lama, yang kebiasaannya dipenuhi rakyat Palestin menjelang Hari Raya Aidilfitri, kelihatan sunyi sepi seumpama sebuah bandar hantu.
Israel menyekat akses dengan alasan larangan berhimpun manakala peniaga Palestin dihalang daripada membuka kedai mereka, dengan hanya farmasi dan kedai makanan asas dibenarkan beroperasi.
Peniaga Palestin yang enggan dikenali kerana bimbang dikenakan tindakan balas oleh Israel berkata sekatan itu menyebabkan mereka berdepan tekanan ekonomi yang teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#hari raya
#solat
#Masjid Al-Aqsa
#larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan