awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS-Israel sasar kediaman, 18 maut termasuk dua kanak-kanak

Bernama
Bernama
07/04/2026
09:39 MYT
AS-Israel sasar kediaman, 18 maut termasuk dua kanak-kanak
Seramai 18 orang disahkan terkorban, termasuk dua kanak-kanak manakala 24 lagi cedera dan dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan. - Gambar fail/ Reuters
Sekurang-kurangnya 18 orang maut, termasuk dua kanak-kanak manakala 24 yang lain cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel yang menyasarkan kawasan kediaman di utara Iran pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik media Iran.
Agensi Berita Fars yang memetik timbalan gabenor wilayah Alborz, melaporkan serangan itu mengenai rumah dan tempat perlindungan di wilayah berkenaan pada waktu pagi.
Pegawai itu berkata 18 orang disahkan terkorban, termasuk dua kanak-kanak manakala 24 lagi cedera dan dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan.
Ketegangan serantau terus memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb lepas, mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei. Pihak berkuasa Iran tidak mengemas kini angka korban sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, mengakibatkan kematian dan kerosakan infrastruktur selain menjejaskan pasaran global serta sektor penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
#angka kematian
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan