awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri komando pengsan terima berita suami terbunuh

Bernama
Bernama
01/03/2013
15:02 MYT
Isteri komando pengsan terima berita suami terbunuh
Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita kematian suaminya. "Nak balik, Azi nak balik, tolong bawa Azi balik, tolonglah sesiapa hantar Azi balik," begitulah rintihan Noraziah yang dilihat tidak berhenti-henti menangis ketika ditemui di kediaman bapa angkat pasangan itu di Bandar Baru Putra, Bercham di sini. Noraziah yang merupakan guru di sebuah sekolah di Tanjung Rambutan terpaksa dipimpin beberapa jiran dan anggota keluarga kerana pengsan sebelum dihantar ke klinik berhampiran. Pasangan yang menetap di Bandar Baru Putra, Bercham itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohammad Akmaluddin, 5, dan Mohammad Akhil, setahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga. Zulkifli, adalah antara dua anggota komando yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini.
Topic Berkaitan
#kematian
#komando
#Noraziah Nor
#suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan