awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri mangsa culik rayu kerjasama orang ramai

Bernama
Bernama
25/02/2013
07:02 MYT
Isteri mangsa culik rayu kerjasama orang ramai
Seorang suri rumah hari ini merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung suaminya, K. Gobala Guru, pemilik sebuah kelab malam yang hilang sejak 23 hari lalu kerana dipercayai diculik. V. Satiavani, 46, berharap kepada sesiapa yang pernah melihat suaminya agar tampil membantu pihak berkuasa dengan melaporkan perkara itu di balai polis berdekatan. "Sehingga kini saya tidak mengetahui di mana suami saya berada. Saya sentiasa berharap dapat menemuinya semula," katanya. Satiavani berkata sehingga kini beliau tidak menerima sebarang panggilan ugutan atau tuntutan tebusan wang daripada mana-mana pihak. Dalam kejadian 2 Feb lepas, Gobala Guru dipercayai diculik empat lelaki yang menyamar sebagai polis manakala kereta BMW 5 Siri miliknya ditemui terbakar di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam, Gombak. Siasatan awal pihak polis mendapati empat lelaki berusia antara 30-an dan 40-an 'menahan' mangsa di lobi sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 7.20 malam, dan dibawa ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra berwarna silver
Topic Berkaitan
#culik
#mangsa
#pemilik kelab malam
#Suri Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan