awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri maut dilanggar kereta suami

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/09/2022
13:47 MYT
Isteri maut dilanggar kereta suami
Dalam kejadian di Kampung Bukit Tukang Jusoh itu, mangsa Saadiah Saad, 69, maut di tempat kejadian selepas terperosok di bawah kereta berkenaan. - Foto ihsan polis
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga emas tidak sedar kereta yang dihidupkan masih dalam keadaan bergear, menyebabkan kenderaan tersebut terlanggar isterinya yang berada di hadapan.
Dalam kejadian di Kampung Bukit Tukang Jusoh itu, mangsa Saadiah Saad, 69, maut di tempat kejadian selepas terperosok di bawah kereta berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata dalam kejadian jam 3.10 petang itu mangsa bersama suaminya berusia 76 tahun baru selesai menghadiri majlis kenduri kahwin di kampung itu.
“Siasatan awal polis mendapati suami mangsa baru menghidupkan enjin kereta jenis Proton Iswara Aeroback dan tidak menyedari kenderaan itu masih dalam keadaan 'bergear', menggelongsor lalu melanggar mangsa yang ketika itu berada di hadapan kereta.
“Akibat pelanggaran itu mangsa terperosok di bawah kereta dan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bedah siasat.
Kes disiasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#dilanggar
#warga emas
#Isteri dilanggar suami
#Kampung Bukit Tukang Jusoh
#Saadiah Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan