awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya

Bernama
Bernama
10/01/2025
04:30 MYT
Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bersama isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba, bergambar ketika lawatan di Cruise Tasik Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik untuk melihat bangunan megah Putrajaya dari atas bot.
Beliau yang tiba pada pukul 9.35 pagi, disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Yoshiko meluangkan masa selama satu jam 30 minit beramah mesra dengan Dr Wan Azizah sambil melihat pemandangan Putrajaya.
Isteri Perdana Menteri Jepun itu, turut mencuba melukis batik Malaysia dengan motif wau bulan dan bunga raya sebagai hiasan dinding.
Terdahulu, Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, bersama isterinya tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari, dan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada Oktober lepas.
Menurut Wisma Putra, hubungan Malaysia dengan Jepun berkembang pesat dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Jepun merupakan rakan ekonomi utama bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang melibatkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024.
Projek berkenaan mewakili pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion) dan telah mewujudkan 344,996 peluang pekerjaan.
Jepun merupakan pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM156.75 bilion (US$34.41 bilion) pada tahun 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isteri PM Jepun
#Yoshiko Ishiba
#cruise tasik putrajaya
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan