awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu bekalan air UMS: Polis tidak keluarkan permit perhimpunan

Bernama
Bernama
12/06/2024
13:56 MYT
Isu bekalan air UMS: Polis tidak keluarkan permit perhimpunan
Pihak polis berkata, pihaknya tidak dapat memproses permohonan daripada penganjur kerana tidak disertakan dokumentasi yang diperlukan.
KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengeluarkan sebarang permit untuk mengadakan perhimpunan #KamiMahuAir yang dijadualkan berlangsung di hadapan Menara Kinabalu di sini, Jumaat ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata hal itu berikutan pihaknya tidak dapat memproses permohonan daripada penganjur kerana tidak disertakan dokumentasi yang diperlukan.
Menurut Kasim penganjur perhimpunan tidak dapat dihubungi, bagaimanapun surat maklum balas menyatakan permohonan tidak dapat diproses telah dihantar kepada mereka menerusi pos dan aplikasi Whatsapp.
"Justeru orang ramai terutamanya mahasiswa dinasihatkan tidak terlibat dalam perhimpunan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sabtu lepas, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud menasihati kumpulan pelajar penganjur perhimpunan itu supaya menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka berhubung isu bekalan air yang dihadapi Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Mustapha melawat UMS keesokannya bagi meninjau isu itu dan memaklumkan pembinaan enam telaga tiub dengan peruntukan RM3 juta daripada Pejabat Perdana Menteri telah siap sepenuhnya sebagai sumber air alternatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#bekalan air
#perhimpunan
#UMS
#permit
#kamimahuair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan