awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dana zakat: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang hadir ke SPRM bantu siasatan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2026
03:06 MYT
Isu dana zakat: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang hadir ke SPRM bantu siasatan
Mohamad tiba di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang pada pagi ini. - Foto Sinar Harian
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada pagi ini.
Kehadiran beliau dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna dana zakat yang dikaitkan dengannya.
Kelihatan kenderaan jenis Proton X70 yang membawa beliau memasuki pekarangan pejabat agensi berkenaan kira-kira jam 9.48 pagi sebelum beliau melangkah masuk ke bangunan tersebut bersama seorang pembantu manakala seorang lagi pegawainya tiba tidak lama kemudian.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Difahamkan, kehadiran Mohamad yang juga Yang Dipertuan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah untuk dirakam keterangan susulan siasatan yang dimulakan selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membangkitkan isu berkenaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada penghujung tahun lalu.
Pada akhir bulan lalu, SPRM dilaporkan telah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan bagi tujuan penelitian dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
Karunanithy sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan dijalankan bagi mengesahkan dakwaan yang timbul serta menentukan sama ada wujud sebarang unsur salah laku atau isu berkaitan tadbir urus.
Sebelum ini, aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin berkongsi kenyataan seorang penyelaras Peta, Azam Melaka berkaitan penyelewengan wang zakat di sebuah negeri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Abdul Hamid
#SPRM
#pulau pinang
#dana zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan