awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu guru COS, KPM sedang ambil tindakan sewajarnya

Bernama
Bernama
04/05/2022
05:33 MYT
Isu guru COS, KPM sedang ambil tindakan sewajarnya
Datuk Radzi Jidin berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas proses berkenaan selesai. - Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin telah mengarahkan supaya isu guru kontrak perkhidmatan (COS) ambilan Jun 2020 yang akan tamat kontrak mereka pada Jun depan, diberi perhatian dan diselesaikan segera.
Radzi menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitter hari ini berkata, perkara berkaitan kegusaran guru yang akan tamat kontrak COS itu dibangkitkan menerusi ruangan komen di laman media sosial beliau baru-baru ini, dan ia sememangnya berada dalam perhatiannya.
"Saya telah arahkan supaya perkara ini diberi perhatian dan diselesaikan segera. KPM (Kementerian Pendidikan) dan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa," katanya.
Beliau berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas proses berkenaan selesai.
Katanya KPM prihatin mengenai perkara yang dibangkitkan masyarakat tentang pendidikan dan komited untuk melakukan yang terbaik demi kesejahteraan pendidikan generasi pewaris negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#guru COS
#guru kontrak perkhidmatan
#KPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan