awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu harga barang naik: 'Pelanggan datang tapi tak beli' - Peniaga

Sinar Harian
Sinar Harian
04/12/2021
00:00 MYT
Isu harga barang naik: 'Pelanggan datang tapi tak beli' - Peniaga
Asmirul (tengah) dan Baharudin (kanan) berbual bersama Aman Shah (kiri) ketika pemantauan di Pasar Besar Alor Setar pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Peniaga di Pasar Besar Alor Setar dikhuatiri berdepan masalah kekurangan pelanggan sehingga 50 peratus akibat kenaikan harga barang basah terutamanya sayur-sayuran sejak bulan lepas.
Peniaga sayur, Siti Zuhairah Abd Rahim, 20, berkata, bilangan pelanggan kini makin berkurangan selepas kenaikan harga barangan khususnya sayur-sayuran.
"Ada kalanya pelanggan nampak ramai namun tidak semuanya membeli dan ada yang datang sekadar melihat tanpa membeli apa-apa disebabkan sayur khususnya brokoli yang naik dari RM10 kepada RM18.
"Boleh dikatakan pelanggan berkurangan hampir 50 peratus sejak harga barangan naik," katanya ketika ditemui selepas pemantauan harga dan sumbangan barangan keperluan asas kepada peniaga Pasar Besar Alor Setar, di sini, pada Jumaat.
Katanya, harga sayur-sayuran seperti timun yang naik dari RM3 kepada RM6 sekilogram, seleri dari RM13 kepada RM16, bunga kobis dari RM10 kepada RM18 masih tidak turun sejak hampir sebulan lepas.
Sementara itu, peniaga barangan runcit, Aman Shah Hashim, 60, berkata, hampir separuh barangan runcit seperti telur dan bawang yang mendapat permintaan, terus meningkat harganya.
"Boleh dikatakan semua naik termasuklah garam yang saya beli daripada pembekal. Tiada barangan yang menunjukkan penurunan harga setakat ini, yang turun hanya hujan," katanya.
Bagaimanapun, Aman Shah memberitahu, dia masih menjual barangan berkenaan pada harga sama walaupun harga barangan didapati naik mendadak.
"Selain isu kenaikan harga barangan, bekalan minyak masak peket didapati makin berkurangan dan susah didapati di pasaran," katanya.
Yang Dipertua Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (Gapema) Kedah, Baharudin Mohd Ali melahirkan kebimbangan ada pihak tertentu seperti pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga.
"Disebabkan bekalan barangan sedikit namun permintaan banyak maka berlakunya kenaikan harga mendadak sehingga memberi kesan kepada pelbagai pihak," katanya.
Beliau mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemantauan ke atas pemborong besar barangan mentah seperti telur dan ayam ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris berkata, beliau mendapati harga barangan mentah khususnya sayur-sayuran naik antara 10 hingga 80 peratus.
Sehubungan itu, Asmirul mencadangkan kerajaan membentuk jawatankuasa kos sara hidup dianggotai wakil dari beberapa kementerian bagi meneliti isu kenaikan harga barangan itu.
Katanya, antara kementerian dicadangkan ialah KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
"Masalah kenaikan harga barangan dikhuatiri tidak terkawal, sekali gus memerlukan campur tangan dan kerjasama pelbagai kementerian untuk mengatasi isu itu untuk kepentingan rakyat," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Harga barang naik
#Peniaga di Pasar Besar Alor Setar
#Siti Zuhairah Abd Rahim
#peniaga barangan runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan