awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga

Bernama
Bernama
28/01/2025
09:51 MYT
Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berikutan tempoh reman terhadap lelaki berumur 31 tahun itu tamat hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berikutan tempoh reman terhadap lelaki berumur 31 tahun itu tamat hari ini.
"Lelaki terbabit disambung reman tiga hari hingga 31 Jan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sabtu lepas, polis menahan lelaki terbabit kerana disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap seorang pelawak popular berusia 54 tahun.
Ia susulan hantaran dalam media sosial pelawak terbabit yang dikatakan menyentuh isu ham.
Razarudin berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pengurus pelawak terbabit pada Khamis lepas.
Sebelum ini, media melaporkan polis telah mengambil keterangan pelawak terbabit selepas didakwa memuat naik hantaran ketika kontroversi status halal sandwich ham and cheese baru-baru ini yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#media sosial
#pengurus pelawak
#ugutan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan