awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Lahad Datu: Tian Chua mohon batal pertuduhan

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2013
23:00 MYT
Isu Lahad Datu: Tian Chua mohon batal pertuduhan
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua hari ini akan memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung satu kenyataan kontroversi menyentuh isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Peguamnya, Eric Paulsen dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
Tian didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 pada 14 Mac lalu kerana dituduh membuat kenyataan menghasut berhubung pencerobohan Sulu dan pertempuran bersenjata di Sabah.
Ahli Parlimen Batu itu dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Tian dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan kes akan disebut semula hari ini.
Kenyataannya berkaitan krisis Lahad Datu itu disiarkan dalam Keadilan Daily pada 1 Mac lalu.
Dalam kenyataan itu, beliau menyifatkan pencerobohan pengganas Selatan Filipina di Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Lahad Datu
#operasi daulat
#Ops Daulat
#Sabah
#Sulu
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan