awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu MARA: 'Saya saman Rafizi hari ini' - Azwan Bro

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
30/07/2015
08:37 MYT
Isu MARA: 'Saya saman Rafizi hari ini' - Azwan Bro
AZWAN BRO: Isu MARA: 'Saya saman Rafizi hari ini' - Gambar fail
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini memfailkan saman ke atas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam isu ketirisan hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengaitkannya baru-baru ini.
Tegasnya, tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan kepada Rafizi untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan telah tamat.
"Ingin saya maklumkan bahawa hari ini peguam saya telah memfailkan tindakan undang-undang (saman) di mahkamah terhadap Rafizi ke atas tohmahan serta fitnah ke atas saya mengenai isu transaksi perniagaan yang dilakukan oleh MARA baru-baru ini.
"Ingin saya tegaskan bahawa dakwaan Rafizi itu adalah tidak betul dan berniat jahat terhadap saya serta Pergerakan Pemuda UMNO," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Kenyataan itu turut dimuatkan di dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
Rafizi sebelum ni dilaporkan berusaha sedaya upaya untuk mengaitkan Khairul Azwan serta beberapa Exco Pemuda UMNO dalam skandal ketirisan hartanah MARA sebanyak RM63 juta.
Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin telah menafikan dakwaan Rafizi itu serta menyifatkannya sebagai tidak masuk akal dan tiada bukti yang kukuh.
Khairy juga berkata, sekiranya Rafizi ada bukti, dia perlu tampil mengemukakan bukti tersebut.
Selain itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdillah Ishak juga dilaporkan berkata, cubaan Rafizi untuk memburuk-burukkan Khairul Azwan hanya sia-sia selain sudah dinafikan orang nombor dua Pemuda UMNO itu sendiri.
Dalam pada itu kata Khairul Azwan, keputusan saman itu dibuat di atas dasar menegakkan kebenaran dan mempertahankan maruah insititusi Pergerakan Pemuda UMNO serta jawatan yang telah diamanahkan.
"Sekali lagi ingin saya ingatkan kepada semua bahawa Pemuda UMNO dan saya sendiri menyokong serta menggalakkan perdebatan sihat, perbezaan pendapat serta percambahan idea namun kita tidak boleh biarkan budaya pembohongan serta penipuan berleluasa kerana ini akan merosakkan suasana berpolitik di negara kita ini.
"Berani kerana benar maka beranilah mencari kebenaran," ujarnya.
Sebelum ini, Rafizi juga dikatakan pernah membuat fitnah mengenai isu kereta mewah bersempena ASEAN Summit yang ditaja sebuah pengeluar kereta berjenama mewah.
Topic Berkaitan
#azwan
#MARA
#Pemuda UMNO
#Rafizi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan