awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu mimpi bertemu Rasulullah: Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah akan beri pencerahan

Bernama
Bernama
04/11/2024
07:30 MYT
Isu mimpi bertemu Rasulullah: Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah akan beri pencerahan
Mohd Na'im (foto) berkata Jakim juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu terbabit dalam masa terdekat. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Nooh Gadut telah diminta untuk memberikan penjelasan dan pencerahan kepada masyarakat berkaitan isu mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW.

Ringkasan AI
  • Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Nooh Gadut, diminta memberikan penjelasan mengenai isu mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW, dan Jakim akan mengeluarkan kenyataan rasmi.
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memastikan masjid-masjid dilengkapi kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memudahkan urusan ibadah mereka.
  • Peningkatan peruntukan Belanjawan MADANI 2025 untuk pengurusan hal ehwal Islam menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan syiar Islam dan menangkis naratif Islam terancam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata dalam masa sama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu terbabit dalam masa terdekat.
"Pihak Jakim akan mengeluarkan kenyataan. Saya telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah untuk memberikan penjelasan dan pencerahan kepada masyarakat berkaitan dengan isu mimpi Rasulullah itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMUU) Peringkat Zon Tengah (Wilayah Persekutuan dan Selangor) 2024 hari ini.
Baru-baru ini, tular dalam media sosial video seorang pemimpin politik mendakwa bermimpi bertemu Rasulullah di kawasan Parlimennya di Pantai Timur.
Sementara itu, mengulas kekecewaan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mengenai kemudahan kepada golongan itu di masjid yang masih kurang memuaskan, Mohd Na'im berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan berusaha memastikan masjid-masjid di bawah pentadbirannya dilengkapi dengan kemudahan untuk memudahkan urusan ibadah bagi semua pihak termasuk OKU.
"Kita nak pastikan masjid-masjid ini dimiliki dan dihadiri oleh bukan sahaja mereka yang sempurna fizikal, tetapi kita juga ingin menggalakkan OKU sama ada pendengaran, penglihatan, fizikal untuk mereka sama-sama datang mengimarahkan masjid.
"Jadi, apa sahaja usaha untuk membantu memudahkan urusan mereka untuk beribadat di masjid kita akan lihat dan cari jalan," katanya.
Mohd Na'im berkata beliau sendiri akan berjumpa dengan individu berkenaan untuk mendapatkan idea dan pandangan berhubung penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk golongan OKU di masjid.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Na'im berkata peningkatan peruntukan keseluruhan Belanjawan MADANI 2025 terhadap pengurusan hal ehwal Islam merupakan bukti kerajaan MADANI amat komited untuk memperkasakan syiar Islam di negara ini.
Beliau berkata ia sekali gus menangkis naratif Islam terancam seperti yang didakwa segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah
#Nooh Gadut
#Isu mimpi bertemu Rasulullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan