awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Muhyiddin: Masyarakat Pagoh lega dengan penjelasan Najib

Bernama
Bernama
22/06/2014
06:19 MYT
Isu Muhyiddin: Masyarakat Pagoh lega dengan penjelasan Najib
Gambar fail Muhyiddin melawat gerai pameran pada program Pemerkasaan Ekonomi Melayu dan Bumiputera Menerusi Keusahawanan yang diadakan di Dataran Pusat Bimbingan Usahawan Pagoh bulan lalu. - fotoBERNAMA
Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa tidak ada sebarang pengguguran membabitkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin melegakan masyarakat Pagoh khususnya anggota UMNO Bahagian berkenaan.
Timbalan Ketua UMNO bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata, penjelasan itu sekali gus membuktikan laporan disebarkan laman blog dan media sosial berhubung pengguguran jawatan berkenaan sebagai satu cubaan untuk meretakkan hubungan baik kedua-kedua pemimpin negara.
"Datuk Seri Najib sendiri menjelaskan tidak ada langsung timbul mengapa Timbalan Perdana Menteri perlu digugurkan. Ini jelas menunjukkan ia adalah usaha pembangkang yang mahu memecahkan gandingan baik antara kedua-dua pemimpin negara," katanya semasa berucap pada majlis penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), di sini, hari ini.
Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor bersyukur kerana masyarakat di kawasan Parlimen Pagoh tidak melatah apabila menerima khabar-khabar angin yang menyentuh pemimpin mereka sejak beberapa minggu lepas.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan masyarakat kawasan berkenaan supaya tidak mudah mempercayai laporan yang belum tentu mempunyai kebenarannya.
Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan