awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Paya Indah Wetlands: Serah kepada pihak berkuasa

Anthea Yap
Anthea Yap
22/08/2016
12:52 MYT
Isu Paya Indah Wetlands: Serah kepada pihak berkuasa
MOHAMED AZMIN: Bukti berkenaan sepatutnya dikemukakan kepada pihak berkuasa. - Gambar fail
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengecam tindakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mahu membukukan bukti penukaran status Tanah Paya Indah Wetlands untuk edaran umum.
Sebaliknya beliau menegaskan, bukti berkenaan sepatutnya dikemukakan kepada pihak berkuasa.
"Prinsip saya mudah, mana-mana individu atau pihak yang mendakwa ada bukti, ada dokumen, ada buku serahlah kepada pihak yang bertanggungjawab.
"Dia tak payah menjerit setiap malam," katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan penyelaras (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard yang berhasrat membukukan semua bukti penukaran status tanah berkenaan untuk diedarkan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Selangor.
Buku setebal 20 muka surat itu didakwa mengandungi 85 peratus bukti salah guna kuasa yang bakal dilancarkan pada 26 Ogos ini.
Sementara itu, mengulas sama ada keperluan bagi mengadakan sesi pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), Azmin berkata keputusan itu diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri.
Pada Jumaat lalu, Bekas Pembantu Peribadi Exco Kerajaan Negeri Selangor Teng Chang Khim, Abdul Razak Ismail telah menyerah laporan isu Tanah Paya Indah Wetlands kepada SELCAT.
Dalam laporan itu, Abdul Razak mendakwa bahawa berlakunya kesalahan dalam kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Topic Berkaitan
#Mohamed Azmin Ali
#SAMM
#Solidariti Anak Muda Malaysia
#Tanah Paya Indah Wetlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan