awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pemilikan saham: Lalitha sahkan bertemu peguam

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2022
22:46 MYT
Isu pemilikan saham: Lalitha sahkan bertemu peguam
Lalitha menerusi ciapan di Twitternya mengesahkan beliau telah bertemu dengan peguam bagi menguruskan surat tuntutan (LOD) yang dihantar Tan Sri Azam Baki kepadanya. -Foto Sinar Harian
BEKAS Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam mengesahkan beliau telah bertemu dengan peguamnya bagi menguruskan surat tuntutan (LOD) yang dihantar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepadanya.
Menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat, Lalitha berkata, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan peguamnya itu.
“Terima kasih semua atas sokongan dan galakan. Saya telah bertemu dengan peguam saya, Manjeet Singh Dhillon hari ini (Jumaat).
“Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengannya,” kata Lalitha.
Thank you all for your support and encouragement. I met my lawyer Mr Manjeet Singh Dhillon today. If you have any queries, please contact him directly.
— Lalitha Kunaratnam (@LalithaVelvet) January 7, 2022
Pada Khamis, Lalitha melalui Twitternya juga turut memaklumkan bahawa dirinya telah menerima LOD daripada Azam.
Pada Rabu, Azam dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemar reputasinya dan SPRM.
Jelasnya, tindakan itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.
Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015-2016.
Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Lalitha Kunaratnam
#surat tuntutan
#Manjeet Singh Dhillon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan