awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu terowong dasar laut Pulau Pinang: Lebih banyak serbuan akan dilakukan - SPRM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/01/2018
11:45 MYT
Isu terowong dasar laut Pulau Pinang: Lebih banyak serbuan akan dilakukan - SPRM
Siasatan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang masih berjalan dan SPRM belum bersedia membuat sebarang pendedahan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan beberapa serbuan lagi bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Seri Azam Baki perincian kes itu akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.
Beliau memaklumkan siasatan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang masih berjalan dan pihaknya belum bersedia membuat sebarang pendedahan.
“Setakat ini, masih terlalu awal untuk saya kongsi hasil siasatan. Siasatan yang dijalankan adalah menyeluruh, dan semua dakwaan yang dibangkitkan akan disiasat dengan teliti,” katanya ketika ditemui di program Gerakan Revolusi Anti Rasuah atau GERAH, di sini, hari ini.
Projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer itu didakwa dilaksana dengan kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran yang membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.
Setakat ini pasukan penyiasat telah merekod keterangan 20 individu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.
Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai pejabat kewangan negeri, pejabat perancangan ekonomi negeri, pejabat JKR, pejabat PTG dan pengarah urusan sebuah syarikat.
Rabu lalu SPRM telah menahan reman pengerusi dan timbalan pengerusi syarikat pembangunan hartanah berpangkat Datuk selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#terowong dasar laut Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan