awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tidak meminta pelanjutan gencatan senjata Iran, rundingan disifatkan 'produktif'
Ketua Tentera Pakistan lawat Tehran dalam usaha hidupkan semula rundingan AS–Iran
AS akan mulakan proses bayaran balik tarif minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah

Bernama
Bernama
11/01/2018
11:33 MYT
Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah
MUSTAFAR: Sekali lagi saya menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warganegara memasuki persekolahan. - Gambar fail
Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk bersekolah.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan lengkap.
"Sekali lagi saya menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warganegara memasuki persekolahan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Seremban yang dihalang bersekolah kerana tidak memiliki pasport yang didakwa polisi baharu Jabatan Imigresen.
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dilaporkan sudah memberi pas khas kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai G Darshana itu untuk menghadiri sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya di Seremban, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#Kanak-kanak
#Mustafar Ali
#pasport
#persekolahan
#sekolah
#tanpa warganegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan