awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AOS 2026 & SoundCircus kembali gegar MAEPS 1 – 2 Ogos
Bomba selamat 2 beradik terperangkap dalam kebakaran rumah
[KOLUMNIS] RPTM 2026–2035 menuntut anjakan paradigma institusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Mufti Pahang nafi keluarkan surat penetapan waktu solat Aidilfitri

Astro AWANI
Astro AWANI
14/03/2026
04:02 MYT
Jabatan Mufti Pahang nafi keluarkan surat penetapan waktu solat Aidilfitri
Jabatan Mufti Negeri Pahang mengesahkan bahawa satu dokumen yang tular di media sosial berkaitan penetapan waktu solat sunat Aidilfitri bagi negeri ini adalah palsu. - Foto Sinar Harian
Jabatan Mufti Negeri Pahang mengesahkan bahawa satu dokumen yang tular di media sosial berkaitan penetapan waktu solat sunat Aidilfitri bagi negeri ini adalah palsu.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, jabatan tersebut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penyebaran dokumen yang didakwa sebagai surat rasmi itu.
"Untuk makluman orang ramai, dokumen tersebut adalah palsu dan bukan dikeluarkan pihak kami," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada jabatan tersebut atau pihak berkuasa agama negeri Pahang bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Tegas kenyataan itu, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya penyebaran dokumen palsu ini berterusan.
"Kerjasama semua pihak dalam mengekang penyebaran berita palsu amatlah dihargai," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Mufti Negeri Pahang
#Solat sunat Aidilfitri
#palsu
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan