awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIM benarkan urusan nikah, cerai, rujuk mulai 1 Julai

Bernama
Bernama
29/06/2021
09:32 MYT
JAIM benarkan urusan nikah, cerai, rujuk mulai 1 Julai
Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata bagaimanapun urusan itu hanya dibenarkan melalui janji temu di kaunter Bahagian Pembangunan Keluarga (BPK) JAIM dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). - Foto Sinar Harian
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan urusan nikah, cerai dan rujuk (NCR) serta kekeluargaan dilakukan di kaunter bermula 1 Julai ini.
Pengarahnya Datuk Che Sukri Che Mat berkata bagaimanapun urusan itu hanya dibenarkan melalui janji temu di kaunter Bahagian Pembangunan Keluarga (BPK) JAIM dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
"Penetapan tarikh bagi janji temu boleh dibuat bermula esok sementara operasi kaunternya akan dibuka bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu, kecuali pada hari kelepasan am bermula 1 Julai dengan layanan janji temu berdasarkan perkhidmatan yang telah ditetapkan.
"Mana-mana urusan tanpa janji temu adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi menjaga maslahah dan keselamatan kedua-dua pihak iaitu JAIM dan orang awam yang berurusan di JAIM," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Sebelum ini JAIM menangguhkan semua perkhidmatan NCR dan kekeluargaan sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa dari 1 hingga 14 Jun lepas.
Che Sukri berkata antara perkhidmatan yang dibuka kepada orang awam melalui janji temu tersebut ialah pelaksanaan majlis akad nikah, permohonan baharu kebenaran berkahwin, permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dan permohonan baharu pendaftaran NCR.
Selain itu, urusan temu duga perkahwinan bagi teruna dan dara berusia 35 tahun dan berstatus duda, janda, balu atau poligami, pengesahan wakalah wali, pembetulan kesilapan pada sijil NCR, khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan serta kursus praperkahwinan dalam talian turut dibuka bemula tarikh tersebut.
Bagi akad nikah pula, urusan majlis hanya dibenarkan bagi pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin daripada PAID dan keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang telah mengemukakan tarikh cadangan majlis akad nikah dalam tempoh 1 hingga 31 Julai.
"Majlis hanya boleh diadakan di PAID atau mana-mana lokasi yang dibenarkan JAIM dan berlangsung dalam tempoh 15 minit termasuk khutbah nikah dan lafaz taklik sahaja, manakala kehadiran tidak lebih daripada enam orang.
"Pengantin dan keluarga pengantin dari negeri berbeza hendaklah mendapat kebenaran pihak polis untuk hadir ke majlis akad nikah yang telah ditetapkan malah wajib menjalani ujian calitan COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum majlis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dalam talian
#JAIM
#nikah
#cerai
#rujuk
#PAID
#Jabatan Agama Islam Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan