awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS larang masjid, surau dijadikan lokasi program kepartian

Bernama
Bernama
02/05/2018
20:48 MYT
JAIS larang masjid, surau dijadikan lokasi program kepartian
Masjid dan surau malah semua rumah ibadat agama lain perlu bebas daripada unsur politik. - Gambar fail
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang sebarang kegiatan kepartian dilakukan di masjid dan suraunya sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata larangan berkenaan bagi memastikan peranan masjid dan surau dalam menyatupadukan umat Islam menjadi zon aman dan bebas politik kepartian terjamin.
"Arahan berkenaan juga bagi memastikan masjid dan surau tidak dicemari anasir-anasir yang boleh memecahbelahkan masyarakat khususnya di negeri ini.
"Justeru itu JAIS, melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) telah menubuhkan satu taskforce bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh semua anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor," katanya
Katanya arahan berkenaan juga selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 20 April lepas yang mengingatkan rakyat Selangor agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan.
Beliau berkata mana-mana anggota jawatankuasa masjid dan surau yang tidak mematuhi arahan berkenaan dan membenarkan program politik diadakan akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 atau Pekeliling MAIS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAIS
#kempen
#MalaysiaMemilih
#masjid
#pilihan raya
#politik
#PRU14
#surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan