awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS mula gantung tugas guru KAFA tolak vaksin

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2022
00:51 MYT
JAIS mula gantung tugas guru KAFA tolak vaksin
JAIS mula mengambil tindakan tegas kepada guru-guru KAFA di Selangor yang enggan mengambil vaksin COVID-19. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mula mengambil tindakan tegas kepada guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang enggan mengambil vaksin COVID-19 dengan menggantung tugas mereka selama dua bulan.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 sepanjang tempoh penggantungan tersebut, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta.
Menurutnya, tindakan tersebut dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan perkara sama kepada para pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksinasi.
“Ini isu lama berkenaan titah baginda yang mengarahkan guru-guru KAFA wajib ambil vaksin. JAIS juga ada keluarkan pekeliling, semua peluang kita beri.
“Tapi mereka tidak mahu ikut, maka mereka digantung tugas selama dua bulan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sementara itu, Mohd Shahzihan berkata, tempoh penggantungan tersebut merupakan peluang yang diberikan kepada guru-guru KAFA tersebut untuk melengkapkan pengambilan dos vaksin COVID-19.
Namun begitu, terdapat segelintir pihak enggan mematuhi ketetapan yang ditetapkan di peringkat negeri Selangor dan hanya mengikuti arahan daripada kerajaan Persekutuan secara terus.
“Jadi, ini tidak bagus sebab mungkin JAIS sudah terlalu berlembut tentang perkara ini.
“Kita boleh gantung (tugas guru KAFA) lebih lama, tapi kita tidak mahu kerana ia memberi kesan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP),” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JAIS
#tindakan tegas
#guru KAFA
#Tolak vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan