awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim ajak tiga lelaki berpakaian wanita sertai program pemulihan

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2014
11:54 MYT
Jakim ajak tiga lelaki berpakaian wanita sertai program pemulihan
OTHMAN: Jakim ajak tiga lelaki berpakaian wanita sertai program pemulihan. -Gambar fail
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput tiga lelaki yang berpakaian wanita dan terlibat di dalam kes mahkamah baru-baru ini menyertai program pemulihan yang dianjurkan.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah merangka program kepada golongan yang mengalami masalah kecelaruan gender khasnya golongan transgender ini semenjak tahun 2010.
"Melalui program ini kita telah mendekati lebih 1,000 orang golongan sasaran melalui program yang kita namakan sebagai mukhayam (camping) yang berteraskan pengukuhan diri, kerohanian dan pemulihan," katanya.
Othman mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang membenarkan rayuan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.
Ujar Othman, peruntukan berkenaan larangan bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita adalah bertujuan mencegah berkembangnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang secara jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
"Suka saya menekankan bahawa peruntukan tersebut khusus kepada umat Islam dan tidak terpakai kepada mereka yang bukan beragama lain.
"Namun, kita tidak pernah mendesak mana-mana pihak untuk menyertai program yang kami tawarkan sebaliknya kami turun padang/promosi melalui laman Facebook untuk mereka menyertai program yang kita anjurkan," ujarnya.
Katanya, dari program berkenaan, mereka yang terlibat akan menawarkan diri untuk menyertai program kami atas dasar kesedaran dan kerelaan sendiri.
Topic Berkaitan
#JAIN
#JAKIM
#LGBT
#mahkamah
#syariah
#transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan