awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakoa tidak terlibat dalam penyediaan ucapan kempen di Semenyih - KP Jakoa

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2019
13:36 MYT
Jakoa tidak terlibat dalam penyediaan ucapan kempen di Semenyih - KP Jakoa
Ketua Pengarah JAKOA Datuk Ajis Sitin berkata, pihaknya langsung tidak tidak terlibat dalam program berkempen Pakatan Harapan (PH) pada Ahad
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menolak dakwaan yang mengaitkan seorang bekas pegawainya bertindak menulis sebahagian teks ucapan seorang Tok Batin, sekali gus menggambarkan seolah-olah sokongan komuniti Orang Asli di situ ditentukan agensi itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Ajis Sitin berkata, pihaknya langsung tidak terlibat dalam program berkempen Pakatan Harapan (PH) pada Ahad, malah tidak dimaklumkan mengenai gerak kerja kempen itu.
“Pertama sekali, di Semenyih ini penglibatan Jakoa sangat minimum, untuk program tersebut Jakoa di peringkat ibu pejabat, daerah, dan negeri tidak dimaklumkan dan tiada penglibatan Jakoa dalam program tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad malam.
Terdahulu, Tok Batin (Ketua Kampung Orang Asli) di Kampung Sungai Lalang Baru di sini, Aleh Abdullah, 53, mendakwa teks ucapan yang dibacanya sewaktu program berkempen Pakatan Harapan (PH) bukan tulisannya sendiri.
Menurut Aleh, sekurang-kurangnya separuh daripada teks itu ditulis oleh seorang bekas pegawai Jakoa dan meminta beliau membacakan ucapan itu.
BACA: Tok Batin dakwa teks ucapan bukan tulisan sendiri
Topic Berkaitan
#Jabatan Kemajuan Orang Asli
#JAKOA
#Pakatan Harapan
#Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan